LOGO SEKOLAH
MAKSUD LOGO (GRAFIK DAN SIMBOL)
A. ORANG
Melambangakn murid dan guru yang mengguna dan berkhidmat di sekolah ini.
B. BUKU
Melambangkan pendidikan adalah teras dan sumber utama pengetahuan.
C. BULATAN KECIL
Melambangkan masyarakat sekolah
D. BULATAN BESAR
Melambangkan masyarakat sekeliling.
E. BENTUK SEGI ENAM
Melambangakn hasrat dan cita-cita sekolah ini mencapai objektif-objektifnya melalui :
a) Pentadbiran yang cekap dan teratur.
b) Pengajaran terancang
c) Pembelajaran bersistematik
d) Pengawasan rapi
e) Penilaian semasa
F. WARNA
F1 Merah
Menegakkan disiplin dan tatatertib yang tinggi dikalangan murid-murid sekolah ini.
F2 Biru
Meninggikan prestasi pengajaran dan pembelajaran sekolah ini.
F3 Hijau
Berusaha untuk menghapuskan buta huruf dikalangan murid-murid sekolah ini.
F4 Putih
Meneruskan cita-cita, keikhlasan dan kejujuran tenaga pengajar
F5 Kuning
Persefahaman antara murid, guru dan ibubapa.
G. PERKATAAN "SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TAMBUNAN"
Melambangkan nama bagi sekolah ini.
H. Perkataan "setia"
Cogan kata kepada sekolah ini yang mencerminkan peranan guru-guru dan murid-murid.
S - SEMANGAT (Cita-cita untuk belajar dan berkhidmat kepada masyarakat)
E - EMOSI (Perasaan yang halus dan tenang menghadapi cabaran)
T - TATASUSILA (Tegas tetapi bertolah ansur terhadap tugas dan tanggungjawab sekolah)
I - IKHLAS (Kejujuran untuk melaksanakan tugas dan amanat)
A - AKIDAH (Kesempurnaan dalam semua aspek pendidikan dan juga kehidupan masyarakat sekolah)
No comments:
Post a Comment