Monday 26 September 2016

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TAMBUNAN

PENUBUHAN AWAL

          Government Voneculer School (GVC) Tambunan mula dibuka atau ditubuhkan pada tahun 1930 oleh kerajaan Chartered Company. Bangunan sekolah ini telah didirikan disebuah tapak yang berhampiran dengan pekan Tambunan. Sekolah ini dibina daripada kayu dan bambu (atap dan dinding bambu). Bangunan sekolah ini pula dibina secara bergotong-royong oleh masyarakat tempatan. Bahasa penghantar yang digunakan ialah bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan rumi dan jawi. Pada awal penubuhan sekolah ini, bilangan muridnya hanya 30 orang sahaja. Ketika itu murid adalah terdiri daripada murid lelaki sahaja dan berumur antara 10 hingga 15 tahun. Guru pertama ditugaskan  mengajar di sekolah ini ialah Encik Mohd. Tahir Bin Ari sebagai Guru Besar dan Cikgu Omar sebagai Guru Penolong.

          Kerajaan Chartered Company juga memberikan bantuan pakaian seragam percuma kepada murid-murid iaitu seluar (pelarut) berwarna hitam dan kemeja putih manakala guru-guru pula seluar pendek putih, baju putih (butang empat) serta stoking panjang (putih). Disamping bantuan pakaian seragam, murid-murid juga diberi susu segar (susu lembu) yang diperah sendiri oleh murid-murid dari lembu milik kerajaan. Murid-murid juga diajar dan digalakkan menanam sayur-sayuran di kebun sekolah. Untuk menggalakkan agar murid-murid tidak ponteng sekolah, maka kerajaan pada masa itu telah memberikan sagu hati atau hadiah kepada setiap orang murid yang tidak pernah ponteng sekolah. Hadiah yang diberikan adalah berupa wang sebanyak 25 sen setiap bulan.

          Kemudahan pembelajaran yang digunakan ketika itu dinamakan ‘papan batu’ sebagai buku latihan berukuran 10” x 12” dan 1  x 2” dan pensilnya pula dinamakan ‘Kalam Batu’.bagi murid yang tidak mampu membeli alat tulis (kalam batu) terpaksalah mencari sejenis batu yang dinamakan ‘Purog’ (dalam bahasa dusun) di sungai berhampiran. Batu tersebut boleh dijadikan sebagai bahan ganti kepada kalam batu. Batu tersebut digosok sehingga halus untuk dijadikan alat tulis (pensil).


ZAMAN PEMERINTAHAN JEPUN DAN BRITISH MILITARY ADMINISTRATION (B.M.A)
Semasa North Borneo (Sabah) ditakluki oleh Jepun, system pembelajaran sekolah ketika itu juga telah diubah mengikut kesesuaian system pemerintahan Jepun. Government Vonecular School (G.V.S) Tambunan juga tidak terkecuali dari system tersebut. Semua murid dipaksa dan diwajibkan belajar bahasa Jepun. Malangnya pada tahun 1944 – 1945 sekolah ini terpaksa ditutup kerana bangunan sekolah telah musnah akibat serangan bom oleh Tentera Berikat (Australia).

Setelah tamat perang dunia kedua iaitu penghujung tahun 1945 maka kerajaan B.M.A telah membina semula sebuah sekolah sementara untuk menggantikan bangunan bilik darjah yang musnah dibom. Guru yang pertama dilantik bertugas di sekolah ini selepas pemerintahan Jepun ialah Cikgu Omar sebagai Guru Besar dan Cikgu Ariffin Bin Badau sebagai guru penolong. Bilangan murid pada ketika itu telah meningkat kepada lebih kurang 100 orang kesemuanya terdiri dari murid-murid lelaki. Mereka terpaksa belajar bersesak-sesak dalam sebuah bilik darjah yang sempit. Pada pertengahan tahun 1946 iaitu setelah North Borneo diserahkan semula kepada Pentadbiran Crown Colony barulah didirikan sebuah lagi bilik darjah dan seorang lagi guru dihantar untuk bertugas di sekolah ini menjadikan jumlah guru tiga orang semuanya.
GOVERNMENT PRIMARY SCHOOL TAMBUNAN (G.P.S)
Pada tahun 1952 pelajaran Bahasa Inggeris mula diajar disekolah ini, dengan perkembangan itu maka penggunaan nama Government Vonecular School (G.V.S) telah ditukar kepada Government Primary School (G.P.S) Tambunan. Pada ketika itu juga (1952) dua orang murid dari G.P.S Tambunan buat pertama kali selepas perang dunia kedua telah mengikuti peperiksaan darjah lima yang dikelolakan oleh Education Department of North Bomeo (Jabatan Pelajaran North Borneo). Kedua-dua murid tersebut telah mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Murid-murid berkenaan ialah:
a) Ybhg. Haji Ahmad Medi Ongkili (Allahyarham)
b) Ybhg. Abdul Hamid Kiki Miun (Bekas Guru Besar SK. Pekan Tambunan- telah bersara)

G.P.S Tambunan telah banyak melahirkan cerdik pandai dan ramai bekas pelajarnya telah mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan kerjaya masing-masing. Ramai bekas pelajar Sekolah ini yang telah berjaya menjawat jawatan tinggi di jabatan-jabatan kerajaan dan swasta. Antara bekas pelajar yang telah mencapai kejayaan dalam bidang akademik ialah: 
a) Datuk Dr. James Ongkili (mendiang)
b) Datuk Dr Maximus Ongkili
c) Datuk Dr. Jeffry Datuk Kitingan
d) En. Roger Ongkili (mendiang)
e) En. Doos Haji Ismail
f) Drs. Selamat Haji Ismail
g) En. Mohd. Rahmat Anderasi
h) En. Perimus Kayau
i) En. Adrian Hj. Mohd. Banting
j) En. Beazley Hj. Awang Basrah
k) En. Mohd Fuad Hj. Awang Basrah
I) Ustaz Haji Naim Majin
m) Puan Ailin Usuk @ Yusuf

Sebenamya ramai lagi bekas pelajar dari sekolah ini yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik dan kerjaya, tetapi yang dapat dipaparkan di atas adalah mereka yang telah mencapai kejayaan lebih awal.

KURIKULUM
Sejak Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan prestasi pembelajaran murid-murid di sekolah ini banyak berubah, terutama sekali pendekatan yang teratur dan sistematik telah diambil untuk memperkukuhkan kaedah dan teknik keilmuan yang djaplikasikan oleh guru-guru dalam proses pengajaran dan pembalajaran. Dengan adanya kurikulum yang baru itu prospek pembelajaran murid-murid telah bertambah baik. Dalam masa hampir sepuluh tahun KBSR dilaksanakan pencapaian murid-murid dalam proses pembelajaran telah meningkat begitu ketara sekali. Sejak KBSR dilaksanakan, beberapa orang murid telah memperoleh keputusan yang baik dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

KOKURIKULUM
Dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum pula Sekolah Kebangsaan Pekan Tambunan telah berjaya meraih banyak kejayaan dalam kejohanan sukan olahraga dan sukan permainan sejak di awal penubuhannya lagi sehinggalah sekarang. Disamping itu beberapa unit persatuan dan kelab telah ditubuhkan untuk menanam minat murid kearah muafakat dan kerjasama melalui aktiviti kelab dan persatuan. Berikut adalah kronologi aktiviti-aktiviti kokurikulum yang telah berlaku sej'ak dari awal penubuhan sekolah ini:
a) Pada tahun 1950 - 1957 G.P.S Tambunan telah menubuhkan pasukan bola sepak yang dianggotai oleh guru-guru dan murid-murid sekolah ini. Pasukan ini telah beberapa kali berjaya memenangi pertandingan bola sepak yang di anjurkan dalam daerah Tambunan.
b) Pada tahun 1953 G.P.S Tambunan telah menubuhkan pasukan Pengakap yang pertama (1". Tambunan Troop) di bawah pimpinan guru pengakapnya Cikgu Abdul Wahid Othman (Allahyarham Datuk Hj. Abd. Wahid Othman). Bagaimanapun pasukan pengakap ini tidak berdaftar secara rasmi di ibupejabat pengakap.
c) Sejak tahun 1960an G.P.S Tambunan kerapkali menguasai dan menjuarai kejohanan olahraga yang dipertandingkan setiap tahun. G.P.S Tambunan adalah merupakan sekolah yang terbesar di daerah Tambunan pada ketika itu maka penguasaannya dalam bidang sukan olahraga dan permainan tidak dapat ditandingi oleh sekolah-sekolah lain dalam daerah Tambunan.
d) Pada tahun 1983 kumpulan Ke 4 Pengakap Muda, dibawah pimpinan encik Suhaili Nip telah ditubuhkan. e) Menjelang tahun 1990an beberapa pasukan pakaian seragam telah ditubuhkan disekolah ini antaranya ialah Pasukan Tunas Puteri, Puteri Islam, Bulan Sabit Merah dan Pasukan St. John Ambulan.

Sepanjang penglibatan sekolah ini dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum banyak pencapaian yang terbaik dan boleh dibanggakan telah dicapai oleh pelajar-pelajar dari sekolah ini. Antaranya ialah: 
a) Seorang murid telah berjaya menjadi johan peringkat negeri Sabah (mewakili negeri ke peringkat kebangsaan) dalam pertandingan Bercerita (Kisah Al Quran) pada tahun 1990 bertempat di Kuala Lumpur. Peserta tersebut ialah adik bdul Malik Qadaffi Ismail.
b) Pada tahun 1994 pasukan Bola jaring sekolah ini berjaya menjadi Johan pertandingan bola jaring daerah Tambunan dan seterusnya mewakili Tambunan ke pertandingan Bola Jaring Bahagian Keningau. Beberapa pemain dari sekolah ini telah terpilih mewakili Bahagian Keningau ke peringkat negeri yang bertempat di daerah Kudat. Pasukan tersebut dibimbing oleh Cikgu Jovita Sarus.
c) Pada tahun 1996 seorang peserta dari sekolah ini berjaya ke peringkat akhir pertandingan Menulis Essi Peringkat Negeri Sabah anjuran SCCP. Essi yang ditulis oleh adik Rahim bin Paun adalah mengenai 'Ketrampilan Sains Dalam Pemeliharaan Alam Sekitar'. Beliau telah berjaya menjadi naib johan peringkat Negeri Sabah dalam kategori sekolah rendah.
d) Tahun 1997 pasukan olahraga SK. Pekan Tambunan telah berjaya mengondol dan menyimpan terus Piala Pusingan pasukan terbaik dalam kejohanan olahraga MSS Zon 2 setelah menjadi juara kejohanan tersebut selama tiga tahun berturut-turut iaitu 1995, 1996 dan 1997.

PERKEMBANGAN BANGUNAN SEKOLAH
Bangunan sekolah yang mula dibina dalam tempoh berikut :
Tahun DidirikanBlok BangunanRuang Bilik Darjah
1930
1962
1963
1964
1972
2 buah
1 buah
1 buah
1 buah
1 buah
2 buah
3 buah
1 buah
3 buah
3 buah

kesemua bangunan di atas merupakan bangunan lama yang telah dirobohkan, kecuali dua buah bangunan lama (1930) yang masih kekal tetapi atap dan dindingnya telah dibaik pulih. Namun begitu, salah satu bangunan ini telah dirobohkan untuk membina bangunan Makmal Komputer SKPT. Empat blok bangunan yang di bina dari 1962 hingga 1972 telah dirobohkan untuk membolehkan tapak berkenaan dijadikan sebuah padang permainan. Pada tahun 1989 bangunan baru SK. Pekan Tambunan telah siap di bina dan mula digunakan pada bulan Disember 1989. Pembinaan bangunan sekolah baru tersebut adalah dibiayai sepenuhnya o!eh Bank Dunia (World Bank). Bangunan sekolah baru in mengandungi kemudahan-kemudahan seperti yang tercatat dibawah ini:
A Sebuah blok bangunan yang menempatkan bilik-bilik berikut:
a) Tujuh buah bilik darjah.
b) Sebuah bilik pusat sumbar sekolah
c) Sebuah bilik Pusat Sumber Sekolah diubah suai menjadi Makmal Komputer.
d) Sebuah bilik guru.
e) Sebuah bilik guru besar.
f) sebuah bilik kerani
g) sebuah makmal sains
h) sebuah bilik pergigian
i) Lapan buah star serba guna.
j) Dua buah tandas guru (lelaki dan perempuan).

B Sebuah bangunan kantin sekolah yang memberi perkhidmatan urusniaga makanan dan minuman ringan kepada pelanggan-pelanggan pada masa persekolahan sahaja.

C Sebuah tandas moden yang menempatkanlapan buah tandas curah bagi murid-murid lelaki dan perempuan dan dua buah tandas guru.

D Sebuah bangunan flet yang menempatkan lapan unit rumah kediaman guru.

E Kemudahan-kemudahan prasarana yang terdapat di sekolah ini ialah:
a) Bekalan air paip
b) Bekalan elekfrik
c) Telefon
d) Makmal sains
e) Makmal komputer (20 unit komputer)
f) Pusat sumber sekolah.
g) Tandas moden
h) Bilik pergigian 
i) Padang permainan 
j) Pagar cain link
k) Saliran air konkrit
l) Fire hydrant stands.

BANGUNAN SEKOLAH TAMBAHAN 
Nama BangunanTahun DidirikanBlok BangunanRuang Bilik Darjah
Bangunan Tambahan Kelas19971 buah3 buah
Bangunan Pendidikan Khas20001 buah3 buah
Bangunan Prasekolah2003 dan 20082 buah4 buah
Bangunan Makmal Komputer20111 buah4 buah
Dewan Terbuka 20121 buah-


SENARAI GURU BESAR YANG PERNAH BERTUGAS SEJAK MULA PENUBUHANNYA.

Nama Guru BesarTempoh Bertugas
1. En. Mohd Tahir Ari1930 - 1932
2. En. Bulanggang1933 - 1934
3. Osman Abu Bakar1935 - 1936
4. En Yusof Sulaiman1937 - 1938
5. En Muhammad Yaakub1939 - 1939
6. En. Mohd. Dayun Sidun1939 - 1940
7. En Intiang1940 - 1941
8. En. Jaafar Miri1941 - 1942
9. En. Jinin1943 - 1945
10. En. Omar1946 - 1949
11. En. Osman Abu Bakar1950 - 1950 
12. En. Sanding Luson1950 - 1950
13. En. Ariffin Badau1951 - 1951
14. En. Abd. Wahid Othman1951 - 1952
15. En. Alliun Ganggal1953 - 1953
16. En. Abd. Wahid Othman1954 - 1955
17. En. Ghador Samshuddin1956 - 1958
18. En. Abd. Wahid Othman1959 - 1960
19. En. Mohd. Zaini Awang1961 - 1963
20. En. Amir Jahali1964 - 1965
21. En. Lee Ah Ping1966 - 1967
22. En. Augustine Main Tinggi1968 - 1969
23. En. Amin Gaip ( Pemangku)1969 - 1969
24. En. Abd. Wahid Othman1970 - 1973
25. Tuan Hj. Awang Basrah Matussin1974 - 1975
26. Abdul Talib Alias1976 - 1977
27. En. Abdul Talib Hj. Kirah1978 - 1979
28. En. Awang Piut Matasip1980 - 1981
29. En. Arshad Zaini ( Pemangku)1981 - 1981
30. En. Abdul Hamid Kiki Miun1982 - 1987
31. En. Abd. Aziz Raimin1987 - 1988
32. En. Arshad Zaini1989 - 2002
33. En. Nordin Zaini2002 - 2008
34. En. Nordin Lawanding2008 -


PENUTUP
Demikianlah sejarah Sekolah Kebangsaan Pekan Tambunan yang pada awal penubuhannya hanyalah mempunyai seramai 30 orang murid sahaja dan telah menempuh lima corak pemerintahan iaitu Chartered Company, Jepun, British Military Administration, Crown Colony dan Malaysia. Sekolah Kebangsaan Pekan Tambunan kini telah menjangkau usia separuh abad dan akal kekal melahirkan warga yang berilmu dan berhemah.

1 comment: